Proses Jatuh Bangun, Jatuh Bangun dan Bangun Terus!

Proses Jatuh Bangun, Jatuh Bangun dan Bangun Terus!

by Azizan Osman

Pernah tengok anak-anak yang baru hendak belajar berjalan? Anak saya Ahmad Zahrin Ali Azizan sedang melalui proses tersebut sekarang.

Very interesting process kan? Sebelum dia hendak cuba berdiri sekalipun, dia melalui proses:

  • Dari berbaring, cuba mengiring.
  • Dari mengiring cuba meniarap.
  • Dari meniarap cuba merangkak, mengundur dan ke hadapan.

Kemudian cuba menaikkan badan sehingga sekarang mula cuba berdiri sebelum cuba bertatih memapah badan untuk melangkah. Kejap-kejap jatuh, kejap-kejap jatuh, tetapi dia cuba lagi.

Belum berjalan lagi tapi Insya-Allah beberapa minggu ini.

Macam itulah proses hendak bina apa sahaja dalam hidup terutamanya bisnes. Cuma, bezanya ramai orang yang lebih banyak mengeluh dan komplen apabila dia jatuh atau belum berjaya. Bayi tidak mengeluh, dia jatuh, dia menangis tapi dia cuba lagi.

Rosakkan Otak Sendiri Sebelum Berniaga

Ramai yang berfikiran negatif sebelum cuba berniaga, tetapi kita yang dahulu pernah jadi bayi masa kecil, kita tidak pula fikir negatif masa itu dan kita mendapat banyak encouragement. Tetapi hari ini, ramai orang lebih banyak merendahkan apa yang kita cuba buat daripada memberikan encouragement.

Masa kita kecil, tidak pula kita fikir, nanti kalau aku berdiri nanti kalau jatuh bagaimana? Kalau sudah berjalan tidak boleh berlari bagaimana? Kalau aku sudah berdiri nanti satu hari nanti tidak boleh berdiri bagaimana? Dan kita tidak ada banyak prejudgement tentang diri kita atau tentang orang lain.

Tetapi ramai hari ini,

Belum buat apa-apa pun telah meletakkan seribu satu prejudgement pada diri sendiri. Apatah lagi pada usaha orang lain.

Kadang-kadang kita boleh belajar dan merenung kembali daripada proses kita belajar masa kecil.

Asalnya kita adalah Berani. Berani mencuba. Berani sakit, berani jatuh dan bangun lagi, kerana KITA MAHU JALAN. Kita tengok semua orang keliling kita berjalan dan kita MAHU JALAN JUGA!

Semakin Dewasa, Semakin Pengecut

Janji kita capai walau apapun. Itu sikap anak-anak pada asalnya.

Semakin kita dewasa, semakin banyak tanggapan negatif, tanggapan halangan, tanggapan kegagalan, tanggapan ketakutan yang kita didedahkan oleh mereka yang PENAKUT & PENGECUT.

Mereka takut berniaga dan pernah berniaga tanpa ilmu, mentor dan sistem, maka mereka menakut-nakutkan orang lain yang baru hendak berniaga.

Kita tanya salah orang. Kita tanya orang yang kerja bertahun-tahun kerja punch card pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang, serta selama ini takut berniaga, kita tanya mereka pasal berniaga? Mereka sendiri takut hendak ambil risiko, mereka sendiri tidak minat berniaga.

Apabila orang lain berjaya dengan berniaga, mereka ini tuduh menipu, kroni dan macam-macam lagi sedangkan mereka sendiri kerja makan gaji pun asyik ponteng, asyik keluar minum. Pukul 8.30 pagi minum, pukul 9.30 am pun minum.

Berani Salah Tempat, Hidup Semakin Melarat

Kerja tetapi bawa katalog jual mangkuk dan berniaga masa kerja.

Itu berani salah tempat.

Jika kita mahu berjaya di dalam perniagaan, kita perlu berani bermatlamat, berani mencari ilmu dan mentor, berani ambil risiko yang telah dipertimbangkan risikonya.

Kita perlu berani belajar berniaga dari orang yang telah berjaya tetapi pernah gagal banyak kali.

Kita guna semangat “baby” kita. Bersedia untuk belajar dan mencuba.

Berani 2013 – Ubah Masa Hadapan Anda Sekarang

Sebab itu, saya berikan anda satu peluang….peluang untuk melihat apakah anda cukup bersedia untuk berniaga? Adakah anda cukup bersedia untuk melakukan satu perubahan? Dan seminar edisi Khas Berani 2013 ini hanya untuk mereka yang BERANI (Walaupun ada rasa takut).

Berani untuk melihat, apakah potensi sebenar yang anda mungkin ada? Berapa jauhkah perniagaan anda boleh pergi jika anda ada ilmu, mentor dan strategi yang terbukti berjaya.

Dan saya bawakan sesi ini 100% tanpa yuran, tanpa bayaran kerana syarikat saya Richworks International Sdn Bhd (iRichworks.com) menaja semua lokasi, yuran, kos program dan promo untuk anda hadir belajar.

Alhamdulillah selepas saya gagal bertahun-tahun di dalam perniagaan sebelum tahun 2001, hari ini saya lebih 15 buah syarikat dari pelaburan hartanah ke syarikat beauty & wellness.

Saya juga mempunyai agensi pengiklanan dan pemasaran berakreditasi saya sendiri yang menjadi perunding strategi pengiklanan, untuk syarikat dari kecil ke syarikat besar dengan portfolio lebih RM2 bilion setahun turnover mereka.

100% Percuma – Khas Untuk Anda

Saya juga berusaha untuk membantu ramai orang lain untuk memperbaiki tahap kewangan hidup mereka dengan berniaga.

Kerana dulu saya pernah gagal dan tidak ada mentor satu masa dulu, maka hari ini, saya percaya yang saya perlu bantu orang lain yang nak berjaya dalam perniagaan untuk berjaya walaupun mereka belum ada bisnes.

Jatuh bangun dalam hidup itu biasa, cuma berapa lama lagi kita nak terus jatuh? Banyak hutang, hampir bankrupt dan hidup dengan tekanan kewangan?

Anda hanya perlu daftar bersama rakan-rakan anda di www.Berani2013.com dan hadir. Tanpa keberanian untuk ada ilmu, mentor dan sistem, impian susah menjadi kenyataan!

{ 2 comments… read them below or add one }

Danial December 14, 2012 at 12:28 pm

Ya! Saya berani datang seminar Berani2013 nanti. Tunggu saya Dr Azizan :D

Saya suka DR Azizan Osman!!!

Terima kasih banyak-banyak Tuan kerana sudi menganjurkan seminar Berani 2013 ini ^_^

Reply

Zulhilmi Zainudin December 23, 2012 at 7:45 am

Apabila merenung kembali saat di mana kita masih kecil, selain daripada sifat berani, kita juga ada pelbagai idea. Setiap sesuatu di sekeliling kita adalah bahan ujikaji dan eksperimen kita. Kita buat itu dan ini tanpa fikirkan apa yang orang lain kata.

Apabila kita semakin meningkat dewasa, setiap sesuatu yang kita mahu buat, kita akan fikirkan pelbagai akibat negatif sebelum mula bertindak. Ini juga racun yang sangat berbisa kepada fikiran.

Terima kasih DAO untuk artikel ini. Artikel yang membuka minda dan menyuntik inspirasi kepada saya untuk terus melangkah di dalam perniagaan yang saya ceburi sekarang ini.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: